Sunday, 9 October 2016

KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN LATIHAN SISC + MATEMATIK PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP) TAHUN 2015

PENDAHULUAN


Program Transformasi Daerah (DTP) telah diperluas ke seluruh negara mulai 2014 selepas dirintis pada 2013 di Kedah dan Sabah. Jawatan pegawai SISC+ diwujudkan  di semua PPD dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1278 pegawai bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (426), Bahasa Inggeris (426) dan Matematik (426). Tugas utama pegawai SISC+ Matematik ialah memberi bimbingan kepada guru Matematik di sekolah Band 5, 6 dan 7 bagi tujuan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang diharap dapat memberi impak kepada peningkatan prestasi murid dalam mata pelajaran matematik.


OBJEKTIF
  • Meningkatkan pengetahuan pedagogi kandungan dan penggunaan teknologi dalam pedagogi matematik yang terkini. 
  • Menguasai Lima Teras Profisiensi Matematik dan Kemahiran Pembelajaran Abad ke 21 (5TPM dan 4C)
  • Menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah dan menengah menggunakan Lima Teras Profisiensi Matematik dan Kemahiran Pembelajaran abad ke 21. 
  • Merancangkan dan melaksanakan satu pelan pengajaran dan pembelajaran matematik untuk sekolah rendah dan menengah dengan menggunakan pendekatan pedagogi matematik terkini

ISI KANDUNGAN

Lima Teras Profisiensi Matematik
  • Kefahaman Konseptual (Conceptual Understanding)
  • Kefahaman Prosedural (Procedural Fluency)
  • Kompetensi Strategik (Strategic Competency)
  • Kesesuaian Penaakulan  (Adaptive Reasoning)
  • Kegunaan Yang Produktif (Productive Disposition)
Pedagogi Abad ke-21

KUMPULAN SASARAN

Bilangan Peserta:

1. SISC + Matematik Sekolah Rendah      =   246  orang
2. SISC + Matematik Sekolah Menengah =   133  orang
3. Jawatan yang belum di isi                      =   47   orang
                                                               -------------------------          
                                          Jumlah                   426  orang










No comments:

Post a Comment